Mohsen Amdan

Memulakan kerjaya sebagai pakar runding pembangunan potensi manusia sejak 1996 lagi. Bermula sebagai fasilitator untuk projek – projek komuniti di bawah naungan pelbagai NGO di sekitar Lembah Kelang sehingga tahun 1999, beliau telah dilantik sebagai Ketua Modul untuk sebuah projek berstatus antarabangsa yang di taja oleh gergasi multinasional, British Petroleum dengan jumlah geran sebanyak RM25,000 setahun. Projek Mentoring ini bertujuan membantu dan membina sahsiah kanak – kanak di sekitar daerah Gombak dan projek ini masih bertahan sehingga kini. Sejak tahun 2000, Mohsen telah mengetuai projek ini dan pada tahun 2002 menyaksikan projek ini dianugerahkan “The World Best British Petroleum Mentoring Program 2002”.

Hasil dari projek yang memberangsangkan itu, Mohsen telah dianugerahkan Anugerah Belia Negara Kuala Lumpur pada tahun yang sama dan sekaligus dilantik sebagai Yang Di Pertua Persatuan Belia Gemilang Bukit Bintang Kuala Lumpur sehingga kini. Mohsen seterusnya berkhidmat sebagai Pelatih Korporat dengan Pelican Consultant Sdn. Bhd.; syarikat penyedia latihan berstatus Kelas A dan bermula dari detik itu, Mohsen tidak menoleh kebelakang lagi dan sehingga kini, Mohsen telah melatih lebih dari 13,000 orang kakitangan pelbagai lapisan dari pelbagai sektor.

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Kemanusiaan (Psikologi) dan Ilmu Wahyu, Mohsen mengendalikan pelbagai program diantaranya 4M Technique for Organization KAIZEN , Coaching For Marginal Performers , Fraud Awareness , Effective Communication Skills , The Excellent of Salesmanship, Negotiation Skills – Client Engagement Program ,Stress Management , E – Etiquette ,Effective Leadership, TNA ,Team Building ,Public Speaking and Presentation Skills ,Paradigm Shift for Leaders ,Improving Interpersonal Skills, Personal Excellence in Workplace, Entrepreneurship, Dealing with Difficult People , Excellence Supervisory Skills , Managing Successful Client Interactions ,Kursus Pembangunan Usahawan , Pengurusan Perasaan Marah Anak- anak , Program Peningkatan Keibubapaan dan lain – lain.

Get a quote

CONTACT US NOW