Muhammad Faridzul Hairi Bin Khanafiah

Dahulunya bekerja di Tekun Nasional sebagai pegawai Tekun, di bawah Jabatan Pertanian Industri dan Asas Tani. Beliau turut berkhidmat di sebuah syarikat Perunding Latihan di Ziqzul Corporation Sdn.Bhd. sebagai Ketua Jurulatih Aktiviti Kegiatan Luar. Beliau sangat meminati program lasak dan mencabar fizikal serta mental. Mempunyai pengalaman selama 6 tahun didalam mengendalikan program outdoor dan berkhidmat lebih 3 tahun di Kem El-Azzhar, Morib sehingga kini.

Antara organisasi yang pernah mendapat khidmat beliau ialah Petronas Carigali, Institut Penilaian Negara (INSPEN), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Politeknik Nilai,Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan lain-lain lagi.

Melalui pengalaman tersebut menjadikan beliau lebih berdedikasi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mengendalikan aktiviti kegiatan luar. Segala ilmu yang diperolehi dapat di terjemahkan kepada setiap peserta yang turut hadir mengikuti aktiviti kendalian beliau.

Get a quote

CONTACT US NOW