Muhammad Isa Bin Shamsudin

Beliau ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu Dan Warisan Islam (UIA 2005). Semasa zaman kampus beliau telah bergiat aktif di dalam pengendalian program-program berbentuk motivasi diri sehingga ditauliah sebagai Master Of Trainer di bawah Kelab Karisma UIAM. Beliau juga sangat aktif didalam menceburi program-program berbentuk lasak dan mencabar baik daripada segi fizikal dan mental. Beliau adalah mantan Presiden Adventure & Recreational Club (2003-2004) iaitu sebuah kelab yang mengendalikan aktiviti-aktiviti lasak dan telah memfokuskan dirinya menceburi sukan pendakian gunung (mountaineering).

Hasil kesungguhan yang tinggi, semangat dan dedikasinya terhadap program-program lasak dan mencabar, beliau telah terpilih mengikuti program “Train of Outdoor Trainer I & II” dan akhirnya beliau telah ditauliah sebagai Jurulatih Bertauliah Kegiatan Luar tahap II (02809) daripada Kementerian Belia Dan Sukan pada tahun 2004. Diatas pentauliahan tersebut beliau telah diserap sebagai Jurulatih Rekreasi bagi Program Kemahiran dibawah kelolaan Pusat Aktiviti Ko-Kurikulum UIAM setelah 2 tahun menjadi pembantu jurulatih. Sehingga kini beliau masih melatih dan mengajar pelajar-pelajar UIAM yang terpilih mengikuti program tersebut.

Setelah menamatkan pengajian beliau telah dilantik menjadi jurulatih rekreasi, berkhidmat dibawah pengurusan El-Azzhar Camp, Morib bermula dari 2006 hingga kini. Pengalaman mengendalikan program-program tersebut menjadikan kemahiran beliau semakin meningkat bagi mendidik dan mencurah ilmu bagi melahirkan modal insan yang berani menyahut cabaran dan mempunyai jati diri yang kuat, buat mereka yang bekerja di sektor kerajaan, swasta mahupun pelajar diperingkat sekolah dan universiti.

Get a quote

CONTACT US NOW