Saharudin Bin Jamaludin

Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dalam bidang amalan bengkel mesin. Beliau mempunyai pengalaman bekerja selama lebih 25 tahun. Dalam bidang latihan pula, beliau berpengalaman dalam mengendalikan Kursus/Program selama hampir 6 tahun. Dahulunya beliau bekerja di Hicom Yamaha Manufacturing Sdn Bhd, Cempaka Finance Sdn Bhd dan KFH Ijarah House (M) Sdn Bhd. Sekarang, beliau berkhidmat di sebuah Syarikat Perunding Latihan iaitu Ziqzul Corporation Sdn Bhd sebagai “Business Development Specialist”. Beliau juga merupakan pelatih (trainer ) bagi aktiviti luar di Ziqzul Corp.

Berkat kesungguhan yang tinggi, semangat dan dedikasinya terhadap program-program lasak dan mencabar, beliau telah terpilih mengikuti program Kursus Asas sains Sukan Tahap 1 anjuran Majlis Sukan Negara dan akhirnya beliau ditauliah sebagai jurulatih. Selain itu, beliau juga telah mengikuti “Heart Saver Program, CPR & AED” bersama dengan HUKM dan dengan itu, beliau telah mendapat pengiktirafan sijil daripada “American Heart Association” (AHA). Sehubungan dengan itu, beliau juga sangat meminati program lasak dan mencabar fizikal serta mental.

Antara organisasi yang pernah mendapat khidmat beliau ialah UMW Corporation Sdn Bhd, RHB Islamic bank Berhad, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Universisti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti malaysia Terengganu (UMT), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Unit Kerjasama Swasta (UKAS), Perbadanan Adat & Warisan (PADAT) dan lain-lain. Melalui pengalaman tersebut, menjadikan beliau lebih berdedikasi dalam menjalankan tugas dan bertanggungjawab mengendalikan aktiviti kegiatan luar. Segala ilmu yang diperolehi dapat diterjemahkan kepada setiap peserta yang turut hadir mengikuti aktiviti kendalian beliau.

Talk to a Salesperson

CONTACT US NOW