Mohamad Zaini Bin Hj Badron

Zaini adalah graduan Bachelor of Science in Human Development, Universiti Putra Malaysia. Memulakan kerjaya di bidang latihan, beliau bertugas di dalam menguruskan dan menyelaras pelbagai program latihan korporat. Minatnya yang mendalam berkenaan teknologi pembelajaran dan sains minda telah memberikan keyakinan di dalam mengendalikan juga menyediakan program latihan.

Sepanjang kerjaya beliau, Zaini pernah berpeluang mengenali dan mengendalikan program untuk penceramah antarabangsa seperti Roy Ashworth dari SCQuARE International, Valentina Stolar dari Aspire International dan Steven Lesser dari InfoWorks International. Pendedahan sebegini meningkatkan keupayaan beliau di dalam mengendalikan dan menyediakan program latihan seperti Pembangunan Diri, Perkhidmatan Cemerlang, Kreativiti & Inovasi, Kepimpinan dan Pembangunan Pasukan.

Kini, dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun, Zaini telah mengendalikan program untuk pelbagai peringkat pekerja. Pengendalian latihan yang berkesan, dinamik dan menghiburkan telah memenangi syarikat seperti AIROD, Securities Commission, Malaysia Airports, Petronas Management Training Academy (PERMATA), Selangor Medical Centre, Institut Jantung Negara (IJN), Bank Pertanian Malaysia, Saujana Consolidated, International Islamic University of Malaysia, Syarikat Air Terengganu (SATU) dan Radicare.

Di arena antarabangsa, Zaini juga telah bersama PT Bank Buana Indonesia Tbk (BBI) dan Telekom Brunei Berhad (TelBru) yang telah meraih manfaat hasil pengalaman beliau yang luas melalui Program Perkhidmatan Cemerlang. Kemahiran beliau di dalam menterjemahkan konsep perkhidmatan dalam konteks manusia telah membuat program ini meraih kejayaan.

Zaini adalah seorang Jurulatih Bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Beliau juga pernah dilantik sebagai Pakar Dalaman untuk Program Perkhidmatan Cemerlang sewaktu bersama Focus Learning Corporation Sdn Bhd. (2002-2008). Terkini, buku pertama beliau telah memenangi ‘Dana Karya Penulis Tempatan 2012’ daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Malaysia.

Zaini telah terlibat sebagai Konsultan / Fasilitator program perkhidmatan pelanggan sejak tahun 2003 bersama berbagai organisasi seperti:

Dalam Negara
a) UKM Kesihatan Sdn Bhd – ‘Service with Passion’ (2013 / 2018)
b) CCM Fertilizers – ‘Managing Customer Experience’ (2012)
c) Institut Jantung Negara – ‘Call Centre Excellence’ (2011)
d) International Islamic University of Malaysia – ‘Serve It Right – SiR’ (2010 / 2011)
e) Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO) – ‘PERKESO Prihatin’ (2009)
f) UKM Kesihatan Sdn Bhd – ‘Customer Driven Team’ (2009)
g) Mawar Renal Medical Center – ‘Service Excellence Program’ (2009)
h) Syarikat Air Terengganu (SATU) – ’Layanan Kelas Satu’ (2007)
i) Ampang Puteri Specialist Hospital (APSH) – ‘The KPJ Way’ (2007)
j) Serai di Lanjut, Rompin – ‘S’ Touch Program (2007)
k) Registrar Office, Universiti Teknologi Malaysia – ‘Service Excellence’ (2006)
l) Institut Jantung Negara – ‘Customer Focused Program’ (2006 / 2008)
m) International Islamic University of Malaysia – ’Standard People Practice’ (2005)
n) Malaysia Airports Holdings Berhad – ‘Standard People Practice’ (2004)
o) Security Commission – ‘Standard People Practice’ (2004)
p) Selangor Medical Centre (SMC) – ‘Standard People Practice’ (2003)

Luar Negara
a) Kementerian Kewangan, Negara Brunei Darussalam (2013 / 2014 / 2016 / 2017)
b) Telekom Brunei – ‘Handling Difficult Customer’ (2012 / 2013)
c) Telekom Brunei – ‘Program Sayangi Pelanggan’ (2007)
d) Bank Buana Indonesia – ‘Layanan Prima Buana’ (2005)

Get a quote

CONTACT US NOW